Promo Himpunan K-Car Sarawak



Mari kita sertai Himpunan K-Car Sarawak

Daftar dan sahkan penyertaan anda dengan mengisi borang pada link berikut:

Pengesahan Penyertaan Himpunan K-Car Sarawak

Himpunan K-Car Sarawak



Mari hangatkan Himpunan K-Car Sarawak 2013!

Bersama-sama kita bersatu #demiibupertiwiku

Himpunan K-Car Sarawak (HKCS) merupakan satu cetusan idea dari kejayaan gathering K-Car di Semenanjung Malaysia dan Sabah. Sempena ulangtahun ke-50 Sarawak Menyertai Malaysia, HKCS bermatlamat untuk mengumpulkan seluruh peminat K-Car dari Lawas hingga ke Sematan dalam satu semangat K-Car.

Tema #demiibupertiwiku dipilih untuk menzahirkan kecintaan terhadap negeri Sarawak dimana semangat K-Car dapat dipupuk melalui integrasi nasional serta tidak terbatas oleh perbezaaan fahaman politik, kaum dan agama. Melalui K-Car, persahabatan terbentuk, nilai kekeluargaan tersemai dan semangat setiakawan wujud dengan sendirinya.

Oleh yang demikian, seluruh penggerak Gerakan K-Car Sarawak menyeru seluruh peminat K-Car untuk menyertai acara julung kali ini pada 7 Disember 2013. Tidak kira apa jua bentuk kenderaan K-Car, samada spec OEM (Original) hinggalah ke modifikasi tinggi, kami mengalu-alukan kehadiran anda!

Himpunan K-Car Sarawak, demi ibu pertiwiku!